Wajib Ambik Tahu!! Ini NAFKAH yang Sepatutnya Suami bagi Setiap Bulan, Kalau Isteri tak Halalkan , Suami Berdosa Besar
12:15 AM
TURUTAN NAFKAH SUAMI
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri
dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Turutan nafkah adalah
seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Tahukah Anda?
Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang
menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu.
Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk
ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini;
yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat
Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no.
46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari
hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib
yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab
az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma
al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan
oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi
nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap
berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya
dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di
atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai
sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber
pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun
digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih
sayang dan silaturrahim.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan
Kredit: @keluargasihat.com
Sumber: Sahabat Mahkamah Syariah via Nasihat Ustaz
sinarviral.com
0 comments