Johan As’ari Mengaji, Netizen Bergaduh
5:10 AM
Pengikut Johan As’ari berbalah sesama sendiri di ruangan komen
Instagram (IG) pelakon tersebut dan mempertikai cara aktor itu mengaji
Al-Quran.
Ada di antara pengikut yang terang-terangan menghentam Johan kerana
mendakwa bacaannya tidak betul, dan sengaja memuatnaik video atas tujuan
riak.
Namun ada juga yang menegur dengan cara baik dan memperbetulkan
kekhilafan bacaan Johan dan meminta pelakon itu memperbaikinya dari
semasa ke semasa.
Mereka turut menasihati pengikut lain yang ada prasangka buruk dengan
memberitahu, sekurang-kurangnya Johan berusaha menunjukkan sesuatu yang
baik apabila memuatnaik videonya membaca Al-Quran.
Sementara itu, Johan menerusi sebuah entrinya awal pagi semalam
meluahkan rasa sedih terhadap sesetengah pengikut yang kurang beradab.
“Aku terima teguran namun tetapi aku amat sedih dengan pengikut-pengikut
ku di sini ada yang tiada adab menegur ku salah itu salah ini dalam
bacaan secara terbuka.
“Guru ku tidak ajar ku untuk hilang adab. Guru ku ajar ku berkasih
sayang. Alhamdulillah aku semakin rajin mengaji Al-Quran,” tulisnya pada
entri video dia sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.
0 comments