Selalu Lenguh-Lenguh Badan Dan Sakit Saraf, Jom Amalkan Rebusan Ini
7:16 AM
Umum tahu bahawa stress kerja boleh menyebabkan tubuh turut berasa
lesu dan tidak bermaya. Ditambah pula dengan keadaan badan yang mula
berasa sengal dan berangin sana sini.
Ketahui penyebab anda mula berasa sengal seluruh badan.
Kebarangkalian postur waktu tidur dan juga kala bekerja seharian menjadi
sebab utama badan dan sendi berasa tidak selesa. Bagi anda yang bekerja
mengadap komputer sepanjang masa perlu memastikan postur duduk di meja
kerja betul.
Selain dari itu, cara tidur juga boleh menjadi sebab anda lenguh
seluruh badan. Adakalanya apabila anda beralih dan kekal pada posisi
tertentu dalam jangka sama yang lama juga boleh menjadikan tubuh berasa
sakit pada keesokan paginya. Dan sering berlaku apabila posisi bantal
juga menggugat waktu tidur berkualiti.
Tahukah Anda?
Antara cara untuk hilangkan rasa sengal badan adalah dengan
pengawalan makanan kerana gas berlebihan ini datang dari sistem
penghadaman. Antara cara terbaik untuk hilangkan angin ini adalah dengan
meminum air halia atau air panas. Anda juga boleh cuba air bergas
tetapi dalam kuantiti sederhana sehingga hilang angin dalam badan.
Satu lagi cara adalah dengan berurut. Mengurut dapat melancarkan
kembali perjalanan darah dan mengeluarkan angin dalam badan dengan lebih
efektif. Ada pelbagai cara anda boleh dapatkan urutan, sama ada minta
pasangan suami atau isteri untuk bantu urut bahagian sengal atau anda
perlu keluarkan sedikit perbelanjaan untuk ke spa yang menawarkan sesi
urut seluruh badan.
Ada beberapa petua lain yang boleh anda amalkan seperti mengamalkan
cara pemakanan yang lebih santai. Jika sebelum ini anda makan laju, cuba
untuk ambil masa dan makan perlahan-lahan dan lebihkan mengunyah. Juga
pastikan anda minum lebih banyak air kosong bagi melancarkan kembali
sistem penghadaman.
Amalkan senaman regangan. Jika anda bukan jenis yang suka bersenam,
cukup sekadar membuat senaman regangan setiap jam di tempat kerja,
perjalanan jauh dalam kapal terbang atau jika dalam kereta, cuba untuk
berhenti berehat setiap jam supaya tubuh tidak statik pada satu posisi
dalam jangka masa yang lama.
Bagi mereka yang suka mencuba minuman homemade boleh cuba petua ini:
Bahan bahan:
- 3 batang serai
- 4 cm halia 2 ketul
- Diketuk kedua bahan di atas
- Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air
- Tunggu suam diminum begitu sahaja atau boleh campur dengan susu
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 atau 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
Petua ini dikongsikan oleh Puan Zainab.
Sumber: Petua Ibu
0 comments