Firma audit dilantik siasat projek KLVC, kehilangan tanah
5:49 AM
SEBUAH
firma audit luar dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi
melaksanakan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City
(KLVC) yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) atas
tanah milik FELDA.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
berkata, firma audit berkenaan akan menjalankan audit forensik ke atas
semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan dengan projek
pembangunan itu.
Beliau
berkata, firma sama juga akan menilai semula proses pengawalan yang
berkaitan, termasuk kelemahan dalam pentadbiran dalaman serta pengawasan
FELDA ke atas FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
"Siasatan
firma audit ini juga akan membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Siasatan
oleh firma berkenaan dijangka akan siap dalam tempoh 30 hari dan
laporan penuh akan dikemukakan kepada JPM," katanya dalam kenyataan
dikeluarkan hari ini.
Katanya, pelantikan firma audit ini
adalah susulan arahannya kepada FELDA dalam satu surat bertarikh 11
Disember 2017 bagi menentukan sama ada berlakunya ketidakpatuhan kepada
tatacara sedia ada atau berlakunya unsur-unsur salah guna kuasa dan
perlakuan rasuah berkaitan projek KLVC.
Najib berkata, surat berkenaan dihantar oleh JPM kepada Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau pada masa sama mengarahkan agensi itu membuat laporan polis terhadap SPSB untuk criminal fraud serta mengambil tindakan undang-undang untuk civil fraud bagi pemindahan hak milik tanah FELDA tanpa pengetahuan dan kebenaran.
"Saya
juga mengarahkan tindakan-tindakan ini diambil bagi melindungi
kepentingan FELDA dan peneroka malah, tidak dikompromi selain bagi
memastikan tanah-tanah tersebut terus kekal menjadi milik FELDA.
"Pihak
polis turut menjalankan siasatan dan tanah-tanah terbabit turut
dikaveat. Oleh itu, laporan yang mengatakan tanah-tanah itu sudah hilang
adalah tidak tepat. Kaveat Pendaftar yang dikenakan ke atas tanah-tanah
itu akan memastikan kepentingan FELDA dilindungi," katanya.
Katanya,
tindakan undang-undang akan diambil jika siasatan firma audit luar dan
polis menunjukkan adanya salah laku oleh mereka yang terbabit dalam
projek ini yang sudah dipersetujui pada tahun 2014.
Sumber: hmetro.com.my
0 comments