6 Amalan Romantik Ikat Pasangan, Walau Ke Bilik Air Pun Terasa Rindu
6:55 PMSiapa kata dah sepuluh sebelas tahun berkahwin, hubungan romantik suami isteri makin pudar? Hambar dan pudar itu kerana dari awal perkahwinan kita tak menjaga dan menyuburkan amalan romantik yang dapat mengikat pasangan.
Rasulullah S.A.W sendiri tetap romantik dengan isteri-isterinya. Romantik itu juga sunnah.
“Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Rasulullah shallallau ‘alaihi
wasallam berasabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik
terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap
keluargaku.” (HR. At Tirmidzi).
Nah, masih ada lagi yang mahu mempertikaikan. Betapa setiap pasangan
suami isteri itu perlu mempertahankan, menyuburkan perasaan kasih sayang
dalam membina keluarga yang harmoni. Bukan susah pun nak pupuk rasa
kasih pada suami mahupun isteri.
Sayangnya, ramai yang dah seakan melupakan. Sebab terlalu banyak
prasangka, ketidakpuasan hati malah dendam dalam diam dengan pasangan.
Jom buat hubungan suami isteri kekal mesra seperti baru-baru mendirikan
rumah tangga.
Bak kata Fazura ketika ditebak rasa hatinya selepas bergelar
isteri Fattah Amin, ‘Pergi toilet pun rindu’. Anda pun waktu awal
perkahwinan tentu merasakan emosi yang sama terhadap suami. Dan momen
rindu itu, tetap akan ada andai tahu bagaimana menyuburkannya.
Seharusnya bila dah berumah tangga, kena buang jauh rasa ‘malu anak
tengok’, ‘pelik-pelik perangai manja awak ni’. Biarlah pun anak lihat
sikap romantik ibu dan ayahnya, nanti bila dia dewasa dia tahu bagaimana
untuk meromantikkan pasangannya.
Anda yang masih belum faham macam mana nak beromantik-romantik dengan
suami atau isteri, cuba lakukan panduan yang MW kongsikan ini.
6 Amalan Romantik Buat Suami Isteri Saling Merindu
1. Sebelum Pergi Kerja, Peluk 10 Saat Dan Kucup Pasangan
Sebab apa kena buat semua itu. Pelukan 10 saat bukan saja buatkan
anda panjang umur, tapi mendorong semangat positif dan yakin diri
pasangan untuk melangkah mencari rezeki. Kucuplah pipi atau tangan
pasangan, biar sentuhan itu kekal mesra dan jadi rutin.
Bayangkan anda lakukan hal ini selama berkahwin, tidakkah ia akan
jadi satu amalan yang anda dan pasangan rindukan jika ditinggalkan?
Bayangkan suami perlu bertugas di luar daerah. Pasti bertambah rutin
harian anda. Sekarang lebih mudah, jika rindu video call boleh
dilakukan.
2. Berselisih Faham Jangan Lebih 3 Hari
Cepat-cepatlah berbaik sekiranya berlaku perselisihan faham. Usah
biar berlarutan walau untuk satu jam apatah lagi lebih 3 hari. Ibu bapa
yang rasional tidak akan bertengkar depan anak. Mereka tahu bagaimana
mahu mengawal emosi.
Dalam bilik tidur boleh sambung rasa tak puas hati dengan pasangan.
Luahkan dan selesaikan segera. Sebab itu, bila anak masuk 7 tahun kena
pisahkan tempat tidurnya dengan mak ayah. Jadi mak ayah ada masa untuk
beromantik berdua.
3. Jangan Sesekali Berpisah Tempat Tidur
Jangan sekali-sekali berpisah tempat tidur dengan pasangan walau anak
telah berderet atau usia kian meningkat. Tip ini harus dipraktikkan
bagi mengeratkan hubungan kasih sayang sekali gus menyemarakkan lagi
rasa cinta antara pasangan.
Jangan mengambil remeh saranan ini, sebab impaknya besar. Tidur
bersama pasangan antara hal yang buatkan pasangan semakin sayang dan
sentiasa saling merindui jika terpaksa berpisah tempat tidur.
Bayangkan anda biarkan isteri tidur dengan anak-anak atau sendirian
tanpa pelukan setiap malam. Apa akan jadi dengan emosi isteri? Anda akan
lihat sendiri kesannya dengan cara pasangan melayan anda. Sebenarnya
dalam diam, isteri makan hati.
4. Kongsi Bekas Makan Minum
Amalkan solat berjemaah ketika kalian berada di rumah. Ucapan doa
yang dilafazkan serta hulurkan tangan tatkala bersalaman diyakini mampu
menyemarakkan keharmonian rumah tangga.
Begitu juga pada waktu makan. Biasakan minum pada bekas bibir gelas
yang digunakan pasangan sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah
S.A.W. Jangan segan atau geli untuk menggunakan gelas atau pinggan yang
pasangan gunakan.
5. Jangan Pernah Berhenti Ucapkan Kata Sayang
Seorang isteri amat berbesar hati jika suaminya tahu bagaimana mahu
memanjakan dirinya. Bukan semata-mata dengan wang ringgit, tapi
kata-kata yang buat jiwanya berbunga-bunga. Tapi kalau memanjakan dengan
wang ringgit pun isteri takkan tolak. Double berbunga-bunga lagi.
Bukan semua lelaki mudah nak ucapkan ‘I Love You’. Macam ada besi
berat dalam mulut kalau minta mereka ungkapkan. Tapi percayalah, bila
suami sudah cinta ‘body language’nya pun kita tahu betapa besar rasa
cinta itu.
Jadi, nak bagi isteri lebih lembut hati, suami panggillah isteri
dengan panggilan ‘Sayang’ ‘Manja’. Jangan pula panggil ‘ibu’ ‘oii’ atau
‘awak’. Panggilan yang manis-manis semacam itu pun boleh buatkan
hubungan terus romantis. Walau tengah marah pun, lama-lama boleh lega
semula.
6. Kejutan Yang Luar Biasa
Sekali-sekali lakukan kejutan buat pasangan sama ada membeli hadiah
atau kad bagi mengingati peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku dalam
alam rumah tangga anda. Kejutan itu, boleh jadi bawa dia pergi berjalan
dan berikan dia hadiah yang selalu dia idam-idamkan.
Sebagai pasangan tentu dia ada meluahkan apa keinginannya. Kumpullah
duit untuk membahagiakan mereka. Bila dah cukup, berikan kejutan yang
pasangan idamkan. Rasa-rasa, isteri atau suami hatinya kembang setaman
tak? Mahu rasa bahagia itu terserlah di wajah.
Sumber: Vanilla Kismis
0 comments