3 Makanan Viral Yang Berbahaya Kepada Kesihatan
5:51 AMSiapa pernah pergi cuba makan di tempat-tempat yang viral di facebook. Sedap tak? Kadang-kadang rasanya tak lah sedap mana pun cuma tempat atau cara hidangan dia yang boleh buatkan kita rasa tertarik.
Dah menjadi kebiasaan, orang ramai akan terus serbu untuk mencuba
makanan-makanan baru yang sedang hangat diperkatakan di media sosial
tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap makanan tersebut. Disini kami
ingin kongsikan 3 jenis makanan yang telah jadi viral tetapi sangat
tidak baik untuk kesihatan.
1. Matcha Green Tea
Matcha Green Tea adalah serbuk teh hijau yang berasal dari China dan
Jepun tetapi kini telah menjadi viral dan kegemaran semua orang. Kalau
boleh dalam semua masakan atau minuman nak ditambahnya dengan serbuk
green tea ni kan. contohnya puding, muffin, donut, kek, crepes dan
sebaginya.., Baru la boleh viral. Yang sebenarnya, serbuk matcha green
tea ni cuma memiliki perasa yang sama seperti rumput biasa. Bukanlah
rasa seperti teh hijau yang asli.
Tahukah Anda?
2. Burger Donat
Burger dan donat adalah dua jenis makanan yang berbeza yang mana
kalau disatukan belum tentu boleh dapatkan rasa yang enak. Menurut
seorang pakar pemakanan, burger donat ini boleh menjadi makanan yang
membawa maut disebabkan hidangan ini mengandungi lebih 2000 kalori,
50gram lemak dan 8gram garam. Kandungan ini cukup untuk membunuh seorang
manusia jika dimakan selalu.
3. Burrito Sushi
Dengar
nama je macam boleh bayangkan kesedapan makanan tersebut kan, tetapi
sebenarnya makanan ini sangat bahaya untuk dimakan. Saiz kedua hidangan
ini sebenarnya berbeza jika disajikan secara berasingan. Sushi saiznya
kecil berbanding dengan burrito. Anda boleh bayangkan sendiri jika ikan
mentah diletakkan ditengah-tengah burrito yang besar ini. Pastinya ikan
itu tidak akan segar lagi dan semestinya bakteria yang terdapat dalam
ikan mentah tadi akan berkembang. Ini akan membahayakan tubuh badan dan
kesihatan si pemakannya.
Sumber: Petua Ibu
0 comments