Inilah 20 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki.
5:57 AM
Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi tentang 20 ciri-ciri
lelaki idaman wanita. Sehubungan dengan itu, pada kali ini saya kupaskan
sedikit ciri-ciri wanita idaman lelaki dibawah tajuk entri 20 ciri-ciri
wanita idaman lelaki.
Citarasa manusia memang berbeza-beza. Namun kebiasaannya lelaki pasti
menginginkan memiliki seorang wanita yang sempurna. Sekurang-kurangnya
berjaya menambat hati untuk dijadikan teman hidup. Persoalan pertama
ketika ingin mendapatkan teman hidup adalah “Apakah ciri-ciri wanita
yang ingin dimiliki?” atau juga “Adakah si dia memiliki ciri-ciri
seperti yang saya inginkan?”.
Tentunya, ada beberapa penilaian yang boleh diguna pakai oleh lelaki
untuk menentukan sama ada gadis yang ditemui menjadi pilihannya,
idamannya atau kesukaannya. Selain daripada faktor jodoh yang telah
ditentukan oleh Allah SWT, ciri-ciri tersebut dibawah mungkin berlegar
di ruang pemikiran anda.
1. Paras rupa – Paras rupa yang cantik adalah
kelebihan kepada wanita. Ada juga tidak berapa cantik tapi menawan atau
juga kurang cantik tapi manis dipandang orang. Walauapapun, kecantikan
bukan perkara utama yang difikirkan oleh lelaki apabila mencari calon
isteri, tapi penting bagi mereka yang mencari calon kekasih.
BACA JUGA : 6 Amalan Romantik Ikat Pasangan, Walau Ke Bilik Air Pun Terasa Rindu
BACA JUGA : 6 Amalan Romantik Ikat Pasangan, Walau Ke Bilik Air Pun Terasa Rindu
2. Agama – Pegangan seorang yang beragama Islam
menitikberatkan mencari calon isteri yang memiliki pegangan agama yang
kuat, namun perlukah mengawini seorang ustazah? Sebagai lelaki, kita
harus membimbing mereka jika pegangan agama bakal isteri anda lemah.
Tahukah Anda?
3. Harta – Dewasa ini, peningkatan taraf hidup
mendesak pasangan untuk saling bekerjasama dalam mengharungi dunia
“Money is everything”. Jika mampu, mempunyai isteri yang tidak bekerja
juga memberi kelebihan pada satu sudut yang lain.
4. Zuriat – Ada kes dimana, isteri tidak mampu
memberikan zuriat seperti yang diinginkan oleh suami, kemudian timbul
pula suami berkahwin lain disebabkan mahu zuriat, maka sebelum itu
lakukan sedikit “penyelidikan” untuk mendapatkan kepastian.
5. Budi pekerti – Semua orang pasti mengidamkan
memiliki isteri yang mempunyai budi pekerti yang baik. Tingkah laku,
adab dan kesopanan menjadi elemen penting budaya kemelayuan dan menjadi
idaman mertua. Ibu yang baik, lahir anak yang baik. Fikirkanlah!
6. Pandai masak – Bagi saya, saya suka ciri ini.
Alhamdulillah saya memiliki isteri yang pandai masak. Pandai masak mesti
rajin tolong ibu masak di dapur masa muda, kalau tak pandai masak,
belajarlah. Kalau makan luar hari-hari, bila anak mahu makan nugget pun
kena beli di gerai. Air tangan isteri melembutkan hati suami.
7. Bijak menguruskan kewangan – Alangkah bagusnya
jika seorang wanita bijak menguruskan kewangan keluarga. Perkara ini
tentu sedikit sebanyak membantu suami dalam menguruskan hal keluarga.
Bijak tidak bermaksud anda perlu menjadi akauntan.
8. Pandai mengambil hati keluarga mertua – Bila
dapat yang peramah anda mungkin tidak dapat mengawalnya pula, tapi bila
isteri pendiam dan kurang mesra, takut nanti menimbulkan prasangka pula
terhadap isteri anda “Sombongnya isteri dia”, walhal isteri anda memang
pendiam.
9. Menerima seadanya – Lumrah hidup berkeluarga, ada
turun dan naiknya, menerima seadanya apa yang ada menjadi elemen
penting kebahagian supaya isteri tidak meminta lebih daripada kemampuan
lelaki. Kebanyakan wanita yang telah menjadi isteri mempunyai sikap
tersebut, kadangkala lelaki pula yang merungut.
10. Hormat – Walaupun setinggi manapun pangkat anda
di pejabat, jika dirumah suami adalah bos anda. Tunjukkan rasa hormat
anda lebih-lebih lagi terhadap keputusannya. Pertuturan dan kata-kata
harus dijaga untuk mengelakkan anda menjadi derhaka pada perkara yang
mungkin terlepas pandang.
11. Bijak berpakaian – Usia bukan penghalang anda
untuk kelihatan cantik di mata suami, jangan pula masa bercinta bersolek
sampai 2 jam, bila dah lama berkahwin, suami balik tengok bini macam
langsuir, berdandan kepada suami penting untuk mengeratkan hubungan
rumahtangga.
12. Bersedia menerima teguran – Teguran suami bukan
beliau benci dengan anda. Tapi teguran suami adalah demi kebaikkan anda.
Jadi terima sahaja tegurannya dan memperbaiki apa yang ditegurnya.
Jangan sesekali membantah walaupun kadangkala bagi anda tidak masuk
akal.
13. Setia – Rata-rata setiap pasangan ingin memiliki
pasangan yang setia. Baik lelaki atau wanita. Jadi perkara ini perlu
diambil perhatian, jangan cuba untuk memiliki lebih dari satu kerana
ianya membuatkan lelaki hilang pertimbangan.
14. Menjadi pujaan ramai – Lelaki bangga bila isteri
mereka menjadi pujaan ramai lelaki. Namun kadangkala ianya merimaskan
dan boleh mendatangkan sifat cemburu yang tidak berasas. Bila dengar
ramai orang suka kepada teman wanita anda, tentunya anda lelaki yang
sangat bertuah.
15. Menghargainya – Setiap apa yang dilakukan oleh
lelaki, pastinya terukir senyuman apabila dihargai oleh orang yang
disayanginya. Dari sekecil-kecil perkara yang dilakukannya hinggalah
kepada perkara yang besar. Jangan simpan perasaan anda, luahkan kepada
mereka bahawa anda sangat menghargainya.
16. Memudahkan urusannya – Kadangkala si lelaki atau
suami mengalami kerumitan tentang sesuatu perkara. Jika anda mampu
membantu mereka menyelesaikannya, pasti lelaki sangat berterima kasih
pada anda. Jangan pula membuatkan ianya bertambah rumit dengan karenah
anda.
17. Supportive – Atas apa juga perkara yang dibuat
lelaki terutama hobi mereka, cuba bersikap supportive atau menyokong.
Sokongan anda pasti menaikkan moral lelaki. Jika hobi lelaki bermain
PS2, mungkin anda berfikir 2-3 kali untuk bersikap supportive.
18. Beri ruang – Beri ruang pada lelaki untuk
memperbaiki kekurangan yang ada pada mereka. Jika mereka melakukan
kesalahan yang kecil, maafkan mereka dan beri ruang kepadanya untuk
membuktinya bahawa mereka telah insaf daripada perbuatannya.
19. Pendengar yang baik – Ada juga jenis lelaki yang
mengambil berat tentang perkara ini. Lelaki sukar untuk meluahkan apa
yang terpendam dalam hati kecuali kepada orang yang mereka sayang. Jika
wanita mampu menjadi pendengar yang baik, kadangkala ianya memberi
sedikit kelegaan kepada lelaki. Hal ini juga adalah teknik yang baik
jika mampu mengurangkan tekanan disebabkan beberapa perkara yang
tertentu.
20. Jadi diri anda sendiri – Jangan cuba untuk
menjadi diri orang lain. Jadilah diri anda sendiri. Ianya lebih bagus.
Jika lelaki itu dapat menerima kamu seadanya lebih baik mereka
mengetahuinya dari awal dari mengetahui selepas kamu berkahwin
dengannya.
Apa yang disenaraikan di sini hanyalah sedikit berbanding realiti
sebenar ciri-ciri wanita idaman lelaki. Setiap lelaki memiliki keinginan
yang tersendiri terhadap wanita. Ciri-ciri di atas boleh dijadikan
panduan untuk memperbaiki diri untuk sama-sama lengkap melengkapi di
antara satu sama lain.
Sumber: Baituljannah
dan Sinarviral
0 comments