Kacak!! Lopes Sah Gantikan SImic

7:25 AM



KOTA BHARU 29 Dis. - Bekas peggempur berbisa Persija Jakarta, Bruno Da Silva Lopes, 31, sah menjadi pengganti kepada Marko Simic selepas pemain Croatia itu menolak lamaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, secara dasarnya Lopes sudah bersetuju untuk bersama The Red Warriors (TRW) selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama badan induk bola sepak Kelantan itu hari ini.


“Lopes dijangka akan tiba di Kota Bharu dalam masa terdekat untuk mengikat kontrak bersama TRW.


“Kita ikat Lopes kerana rekodnya lebih baik daripada Simic dan Kafa percaya kehadiran pemain ini akan memberikan impak positif buat TRW,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Ramah Mesra Kafa, Persatuan Bola Sepak Jajahan dan Pemain TRW bersama penyokong di Kok Lanas, di sini hari ini.


Sepanjang beraksi dengan Persija Jakarta, Lopes berjaya meledakkan sepuluh gol hasil daripada 29 penampilan bersama pasukan tersebut.


Setakat ini Kelantan memiliki tiga pemain import iaitu Margaro Gomis (Perancis), Cassio Francisco de Jesus (Brazil) dan Do Dong-hyun (Korea Selatan). - UTUSAN ONLINE


Referensi:  Utusanonline.com

You Might Also Like

0 comments

Pages