Astagfirullah! Anak derhaka pukul ibu dengan besi

2:58 PM



HANYA kerana enggan memberikan wang, wanita warga emas cedera di kepala selepas dipukul anak lelakinya di FELDA Bukit Sagu 3, Kuantan, kira-kira 4 petang semalam.

Dalam kejadian itu, Mea'ah Abd Majid, 65, dikatakan dipukul menggunakan besi pemotong rumput oleh anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengamuk dan terus memukul ibunya sebelum wanita berkenaan melarikan diri dan meminta bantuan jiran.

"Ekoran itu kepala mangsa mengalami pendarahan yang teruk sebelum pengsan di depan rumah jirannya.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput melarikan diri sebelum berjaya ditahan beberapa jam kemudian.

Difahamkan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan di sekitar daerah ini sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh penduduk kampung.

Mohd Noor berkata, mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima tiga jahitan di kepala dan keterangannya akan diambil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.



Sumber : Hmetro.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 1:01 AM

You Might Also Like

0 comments

Pages