Inilah Senarai Harga Petrol Terbaru Setelah Naik Pada Februari 2018
4:48 AM
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol bagi tempoh 8 Februari hingga 14
Februari naik antara dua dan tiga sen seliter, manakala diesel pula
turun tiga sen seliter.
Harga runcit RON95 naik kepada RM2.33 seliter manakala RON97 ialah RM2.61 seliter.
Harga bagi diesel pula turun kepada RM2.31 seliter.
Kenaikan harga itu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam ini.
Harga
baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.
Harga runcit RON95 naik kepada RM2.31 seliter berbanding RM2.29 seliter, manakala RON97 RM2.58 seliter berbanding RM2.56 seliter.
Harga bagi diesel pula naik kepada RM2.34 seliter, berbanding RM2.31 seliter. Kenaikan harga itu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam ini.
Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun lalu.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.
Sumber : Bharian
0 comments