Peminat Lelaki Pernah Hantar Gambar Alat Sulit Kepada Dr. Say Shazril
3:28 AM
Pegawai perubatan yang mula viral tahun lalu, Dr. Say Shazril mengakui
dia pernah menerima kiriman foto alat sulit lelaki menerusi akaun media
sosialnya.
Terkejut dengan tindakan ekstrim segelintir pengguna media sosial
berkenaan, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengambil
langkah untuk mengendahkan sahaja gangguan seksual virtual sedemikian.
"Menjadi viral ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan
seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih
cenderung datang daripada pengguna lelaki.
"Misalnya sebelum ini kalau peminat wanita saya biasanya hanya menulis
komen di Instagram dengan kata-kata pujian. Paling tidak pun ada yang
kecewa kerana mereka mendapat tahu saya sudah berkahwin.
"Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam
kalangan lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada
saya.
"Apa yang boleh saya buat cuma abaikan sahaja mesej-mesej berbaur
seksual seperti itu. Adatlah media sosial," katanya eksklusif kepada
Astro Gempak.
Dr. Say bagaimanapun tidak pernah berdepan situasi janggal atau serangan seksual apabila di khalayak ramai.
"Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di
luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar
sahaja.
"Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba
bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal,"
tambahnya.
Dr. Say merupakan antara pegawai perubatan yang bakal menjadi panel
untuk rancangan terbaharu My Doctors di samping beberapa pakar perubatan
terkenal lain antaranya Dr. Zainal Adwin, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Beni
Rusani.
Mewakili kepakarannya dalam bidang kecergasan dan pemakanan seimbang,
Dr. Say bakal mengendalikan 13 episod My Doctors mengupas topik
berkaitan masalah kesihatan dengan cara informatif dan menghiburkan.
My Doctors bakal bersiaran pada 19 Februari 2018 setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @say_shazril
0 comments