Fasha Sandha Tak Sengaja Dedah Sari Yanti Hamil, Instagram Mula Dihujani Ucapan Tahniah

2:56 PM










Gilak! Harga minyak global meningkat





SINGAPURA: Harga minyak meningkat pada Selasa, dipacu lantunan semula pasaran saham global selepas mencatat kerugian mendadak minggu lalu, termasuk kelemahan dolar yang berpotensi menyokong penggunaan lebih banyak bahan api.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$59.60 satu tong pada 0759 GMT. Ia meningkat 31 sen atau 0.5 peratus daripada penutup kelmarin.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$62.97 satu tong , naik 38 cents atau 0.6 peratus daripada penutup sebelumnya.

"Pasaran minyak mentah sebahagiannya pulih yang berkait rapat dengan lantunan pasaran ekuiti dan sememangnya dolar AS yang lemah menambah momentum," kata Ketua Peniaga Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes di Singapura.

Indeks dolar berbanding enam mata wang utama lain susut 0.3 peratus kepada 89.923, semalam.
Kelemahan dolar menjadikan import minyak lebih murah bagi negara yang menggunakan mata wang domestik, sekali gus berpotensi memacu permintaan.

Sementara itu, pasaran saham semalam meningkat daripada paras rendah dua bulan minggu sebelumnya, apabila saham terjejas dengan kejatuhan terbesar sekali gus menjejaskan keyakinan di seluruh pasaran.

Dengan pasaran seolah-olah kembali ke keadaan lebih tenang, peniaga minyak berkata, perhatian mereka beralih kepada tahap inventori untuk mengukur paras bekalan mentah.

"Perubahan dalam inventori akan menjadi sangat penting bagi menentukan sama ada penurunan harga minyak lebih tinggi," kata Penganalisis Pelaburan Rivkin Securities, William O'Loughlin.
- Reuters

You Might Also Like

0 comments

Pages