Umie Aida Dedah Permintaan Keluarga Ketika Pertunangan Betty Rahmad Buat Semua Terkedu

2:27 AM






Ringgit dibuka rendah Pada Februari 2018 Ini



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sokongan lebih kukuh ke atas mata wang AS termasuk kejatuhan harga minyak, kata peniaga.
Pada jam 9.00 pagi, ringgit diniagakan kepada 3.9360/9400 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis iaitu 3.9245/9275.
Peniaga berkata, dolar AS terus mencatatkan kenaikan, dipacu oleh permintaan bagi tujuan keselamatan.
Ia kekal meningkat mata wang tempatan dengan momentum positif menunjukkan lonjakan berterusan dan dijangka menuju ke arah 3.9554.
Beliau berkata, ringgit juga terjejas dengan kejatuhan harga minyak, yang susut kepada paras terendah dalam tempoh tujuh minggu pada Khamis.
Ia berlaku di tengah-tengah kebimbangan berhubung kenaikan bekalan global selepas Iran mengumumkan untuk meningkatkan pengeluaran, selain pengeluaran minyak mentah AS juga mencecah paras tertinggi.
Ringgit juga didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9547/9584 daripada 2.9496/9523 dan jatuh berbanding euro kepada 4.8240/8297 daripada penutup semalam iaitu 4.7993/7041.
Ringgit turut lemah berbanding pound British kepada 5.4852/4912 daripada 5.4394/4439 dan menyusut berbanding yen kepada 3.6153/6200 daripada 3.5759/5789.


Sumber : bharian dan Gempak.com

You Might Also Like

0 comments

Pages